Sunday 20 July 2014

Buat mu Palestin

20.7.14 jam 18:43

Hari ke-13 Gaza di zalami rejim zionis. Ratusan jasad2 kaku rakyat Palestin yang x berdosa di bedil peluru si Israel laknatullah.

Ribuan tercedera dan cacat selamanya.  Keluarga2 yang meratap pilu perginya insan tercinta. Rumah, masjid, sekolah, hospital ranap hancur. Bekalan air yang dicemari, bekalan elektrik yg putus.

Dentuman letupan menjadibhalwa telinga mereka setiap saat. Sungguh aku x mampu membayangi sengsara mereka. Kerana ke saat ini aku selesa berada di rumah kecil lengkap segala benda.

Takala airmata yang sia2 ini mengalir, hati merintih mengenangkan nasib mereka. Hanya pada Allah mampu aku meminta, moga mereka sentiasa di bawah lindungan Dia Yang Maha Kuasa.
Bersabarlah saudara-suadara ku di Palestin,  sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Deritamu di dunia sementara ini, Insyallah akan dibalas dengan syurga yang hakiki.

Pada Mu tuhan ku yang satu. Kau lindungi lah mereka yg di zalmi dengan kejam. Kau jatuhkan bala kepada kaum yahudi yang menzalimi saudara-suadara ku ini. Kau kurniakan lah nikmat syahid pada para pejuang yang gugur di medan peperangan ini. Ya Allah, Kau selamatkanlah dan rahmatilah rakyat Palestin. Amin.

0 comments: